• Utama
  • Mengenai
  • Tentang PDT Lenggong

LATAR BELAKANG PEJABAT DAERAH DAN TANAH LENGGONG (PDTL)

SEJARAH AGENSI

Daerah Kecil Lenggong merupakan salah satu (1)  daripada (3) daerah kecil yang terletak dalam Pentadbiran Daerah Hulu Perak, selain Daerah Kecil Gerik dan Daerah Kecil Pengkalan Hulu. Pejabat ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pegawai Daerah dimana pegawai pengawal adalah Pegawai Daerah yang berpejabat di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik.

        Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong merangkumi keluasan sebanyak 254,354.856 ekar dengan komposisi penduduk seramai 19,397 orang (bancian 2010). Daerah Kecil Lenggong mempunyai 3 buah mukim iaitu Mukim Lenggong, Mukim Temelong dan Mukim Durian Pipit yang merangkumi 19 buah kampung tradisional dan 4 kampung baru.

        Secara amnya, pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pengurusan Tanah dan Bahagian Pembangunan. Fungsi Pentadbiran Daerah adalah menguruskan perkhidmatan dan pentadbiran am. Bahagian Pentadbiran Tanah pula merancang, melaksana, mengurus dan mentadbir segala hal berkaitan pentadbiran tanah manakala Bahagian Pembangunan berfungsi merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan melalui peruntukan daripada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri.

        Pada masa sekarang, keseluruhan perjawatan di Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong berjumlah 50 orang dengan pengisian sebanyak 46 orang. Dengan kekuatan perjawatan inilah, Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong diberi tanggungjawab untuk menyelaras, menentukan, menyampaikan serta melaksanakan polisi, program aktiviti serta dasar kerajaan negeri dan persekutuan di peringkat daerah dengan bantuan dan kerjasama daripada jabatan atau agensi kerajaan serta orang ramai.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.