• Utama
  • Mengenai
  • Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

ANDA ADALAH PELANGGAN KAMI. KAMI AKAN BERUSAHA MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG ADIL, MESRA DAN SEGERA KEPADA ANDA. KAMI BERJANJI AKAN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN SEPERTI BERIKUT :


1. BAHAGIAN PENTADBIRAN AM

* Setiap aduan akan dikeluarkan akuan yang diterima dalam tempoh 1 hari dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh 14 hari.

* Menyelesaikan permohonan semua lesen-lesen dalam tempoh 4 minggu.

* Kaunter bayaran termasuk kutipan hasil akan dibuka mengikut jadual sekurang-kurangnya masa waktu pejabat. Masa kutipan dilanjutkan sekiranya keadaan memerlukan.

* Permohonan penilaian Duti Setem akan diselesaikan dalam masa 4 minggu dari tarikh permohonan.

* Dokumen akan dimatikan setem serta merta.

* Menyediakan baucer bayaran pembelian dalam masa 5 hari bekerja.


2. BAHAGIAN PEMBANGUNAN


* Menyampaikan maklumat mengenai dasar, strategi dan program-program kerajaan dengan jelas dan tepat kepada golangan sasar.

* Menyediakan minit-minit mesyuarat utama yang dikendalikan oleh P.L.B terutama Jawatankuasa P.P.R.T dengan lengkap, tepat dan diedarkan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh peruntukan diluluskan.

* Merancang dan mengemukakan permohonan peruntukan/cadangan projek pembangunan untuk tahun berikutnya kepada Ibu Pejabat/Kementerian selewatnya 15 Disember tahun semasa.

* Melaksanakan, mengawas dan menyiapkan projek-projek pembangunan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh peruntukan diluluskan.

* Menyediakan baucer bayaran peruntukan (Perkhidmatan Pembekal/Kontrak) dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh tuntutan lengkap diterima.

* Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Khas menimbang dan menyetujui sebutharga daerah setiap bulan atau bagi kes-kes segera dalam tempoh 3 hari bekerja selepas menerima kertas perakuan.

* Memberi jawapan dalam masa 14 hari ke atas setiap aduan yang dikemukakan oleh orang ramai.


3. BAHAGIAN PEJABAT TANAH

* Memastikan bil-bil cukai tanah dihantar kepada tuan-tuan tanah sebelum 1hb Januari setiap tahun.

* Menyelesaikan permohonan permit bahan batu dalam tempoh 7 hari setelah menerima laporan jabatan teknikal.

* Menyelesaikan permohonan tukar syarat nyata tanah pertanian kepada pertanian dalam tempoh 1 bulan.

* Mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran pindahmilik / gadaian kepada Pengarah Tanah dan Galian Perak dalam tempoh 2 minggu.

* Setiap aduan akan dikeluarkan Akuan Terima dalam tempoh 1 hari bekerja dan jawapan rasmi akan dijawab dalam tempoh 14 hari.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.