• Utama
  • Mengenai
  • Perutusan Ketua Penolong Pegawai Daerah

Perutusan Ketua Penolong Pegawai Daerah

Syukur alhamdulillah Pejabat Daerah Dan Tanah Lenggong telah dapat mengorak langkah untuk menepati hasrat dan cita-cita kerajaan negeri Perak di dalam usaha untuk mewujudkan sebuah "paperless government" atau "electronic government".

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Pejabat Tanah Galian Negeri Perak kerana telah bersama-sama memberi sumbangan membangunkan laman web jabatan ini.

Diperingkat awal adalah diharapkan homepage ini akan menjadi sumber utama bagi pelayar-pelayar internet untuk mengakses data-data yang relevan berkaitan Pentadbiran Daerah dan Tanah di daearah Lenggong.
Usaha tersebut akan diperkembangkan dan dipertingkatkan lagi dengan harapan agar apabila siap sepenuhnya segala pengurusan yang membabitkan Pentadbiran Daerah dan Tanah di daerah Lenggong akan dapat dibuat melalui internet tanpa perlu seseorang itu hadir sendiri ke pejabat ini.

Saya ucapkan syabas kepada semua pihak yang telah berusaha untuk menjayakan projek dan usaha murni ini dan saya doakan agar ianya akan menjadi satu kenyataan dengan secepat mungkin.
Sekian, terima kasih.

 

 

 

Faizal Nizam Bin Md Nor
Ketua Penolong Pegawai Daerah,
Lenggong.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.