Soalan Lazim (FAQ)

Pusaka Kecil

PUSAKA KECIL

 

Soalan :
Perlukah bahagian penyaksian disempurnakan sekiranya cop mohor diturunkan?


Jawapan : 
Ruangan penyaksian tidak perlu dilengkapkan sekiranya terdapat cop mohor syarikat pada borang suratcara.

Pengambilan Tanah

PENGAMBILAN TANAH

Soalan 
Di dalam Borang H ada disebutkan tentang penahanan bayaran pampasan sebanyak 25%. Jadi saya inginkan penjelasan mengenainya. Dalam keadaan manakah penahanan tersebut berlaku dan adakah pampasan untuk saya juga ditahan sebanyak itu?

Jawapan : 
Penahanan pampasan sebanyak itu 25% akan dibuat sekiranya ada bantahan daripada pihak yang memohon pengambilan untuk projek tersebut. Contohnya bagi projek lebuhraya, kalau ada bantahan daripada LLM, pembayaran pampasan akan ditahan sebanyak 25%

Pembangunan Tanah

PEMBANGUNAN TANAH

Soalan 
Bolehkah permohonan pembangunan tanah dibuat sekiranya tarikh sah Perintah Pembangunan telah luput?

Jawapan : 
Tidak. Pemohon mestilah mendapatkan perlanjutan tempoh Perintah Pembangunan sebelum mengemukakan permohonan pembangunan tanah di Jabatan ini.

 

 

Pengurusan Tanah

PENGURUSAN TANAH

Soalan 
Sekiranya seseorang pemohon diluluskan pemberimilikan tanah kerajaan dan dikehendaki membayar premium dalam tempoh 3 bulan daripada surat di terima tetapi tidak dapat menjelaskan bayaran berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan, bolehkah pemohon merayu melanjutkan tempoh bayaran tersebut?

Jawapan : 
Boleh merayu melanjutkan tempoh bayaran dengan syarat hanya akan diberi pertimbangan jika permohonan di kemukakan sebelum tempoh tarikh Borang 5A luput. Permohonan dianggap terbatal jika 5A tidak dijelaskan dan rayuan tidak dikemukakan dalam tempoh tersebut. Jika masih berminat,pemohon perlu mengemukakan permohonan baru (Borang Jadual 1) untuk diberi pertimbangan semula.

 

Soalan 
Bagaimanakah caranya untuk memanjangkan tempoh pajakan hakmilik tanah kepada 99 tahun ataupun tempoh tertentu sekiranya hakmilik tanah sedia ada hanya mempunyai baki tempoh pajakan yang hampir luput?

Jawapan : 
Sebenarnya tiada istilah lanjut tempoh dalam undang-undang tanah .Proses yang ada hanya dengan membuat penyerahan balik dibawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara dan memohon untuk diberimilik semula di bawah Seksyen 42 (1) (a) KTN dimana tempoh pajakannya ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Soalan 
Bagaimanakah untuk mendapatkan semula tanah yang telah luput tempoh pajakan?

Jawapan :

Bagi tanah milik yang telah luput tempoh pajakan, permohonan baru ( menggunakan Borang Jadual 1) perlu dikemukakan ke Pejabat Tanah di daerah dimana tanah tersebut berada untuk diberi pertimbangan semula.

 

Soalan 
Siapakah yang boleh memohon tanah milik yang telah luput tempoh pajakan dan pemilik asalnya telah meninggal dunia?

Jawapan : 
Sesiapa sahaja yang dinyatakan di bawah Seksyen 43 Kanun Tanah Negara(KTN) boleh memohon dan dipertimbangankan. Walaubagaimanapun, keutamaan akan diberi kepada waris-waris pemilik asal, jika ada permohonan.

Hakmilik Strata

HAKMILIK STRATA


Soalan 
Apakah yang dimaksudkan dengan hakmilik strata?

Jawapan : 
Hakmilik strata ialah suatu hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap petak di dalam bangunan yang berbilang tingkat dan juga hakmilik yang dikeluarkan kepada petak-petak tanah dalam skim komuniti berpagar.

Soalan

Kenapa hakmilik strata diperlukan?

Jawapan : 
Hakmilik strata diperlukan bagi menjamin kepentingan setiap pemilik petak dan memudahkan urusniaga terhadap petak berkenaan seperti pindahmilik, gadaian, cagaran, pembahagian pusaka dan sebagainya.

Soalan 
Siapakah yang patut memohon hakmilik strata?


Jawapan : 
Pemilik tanah adalah orang yang bertanggungjawab untuk membuat permohonan untuk mendapatkan hakmilik strata.

 

Soalan 
Bilakah permohonan hakmilik strata patut dibuat oleh pemilik tanah?

Jawapan : 
Pemilik tanah diwajibkan membuat permohonan hakmilik strata dalam tempoh yang ditetapkan JIKA beliau telah menjual mana-mana petak dalam bangunan berbilang tingkat atau tanah. Tempoh yang dimaksudkan adalah: 

6 bulan dari tarikh perjanjian jualbeli pertama atau 6 bulan dari tarikh Certificate of Completion and Compliande (CCC) dikeluarkan mengikut mana yang terkemudian.

Soalan 
Jika pemilik tanah enggan membuat permohonan hakmilik strata, apakah kesannya?

Jawapan : 
Jika pemilik tanah gagal membuat permohonan untuk mendapatkan hakmilik strata adalah melakukan perlanggaran Seksyen 8 (7) Akta Hakmilik Strata 1985 dan jika disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000.00 tetapi tidak lebih daripada RM100,000.00 dan didenda selanjutnya tidak kurang daripada RM100.00 tetapi tidak lebih daripada RM1,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu terus berlaku.


Soalan 
Di mana dan bagaimanakah permohonan hakmilik strata boleh dibuat?

Jawapan : 
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar terus kepada Bahagian Hakmilik Strata, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak dengan disertakan bayaran dan dokumen-dokumen seperti disenarai semak.

 

Soalan 
Siapakah yang bertanggungjawab mengawalselia pengurusan dan penyelenggaraan bangunan serta perjalanan Perbadanan Pengurusan?

Jawapan : 
Pesuruhjaya Bangunan (COB) adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mengawalselia pengurusan dan penyelenggaraan bangunan serta perjalanan Perbadanan Pengurusan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) Akta 663.

Sebarang Pertanyaan Hubungi Kami...


Sebarang pertanyaan atau aduan awam mengenai Pentadbiran Tanah mohon di ajukan melalui pautan e-Aduan atau hubungi kami di talian 05-767 7363  / 05-767 6561


Sebarang maklumbalas atau komen yang berkaitan dengan ketidakfungsian PORTAL RASMI atau isi-isu lain yang berkaitan dengan agensi mohon di ajukan di Maklumbalas/Komen atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PEJABAT DAERAH DAN TANAH LENGGONG
33400 LENGGONG PERAK .
Telefon: 05-767 7363 / 05-767 7651
Fax: 05-767 7102

 

 

 

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.